BEZA PM N NUAR

Tak banyak yang menarik boleh diceritakan tentang YAB PM kita DS Najib kerana beliau bukanlah pengamal ‘politik ekstrim’ tetapi mewarisi sikap dan cerminan kepimpinan berkesan ayahandanya.

Memulakan kariernya dengan menggantikan ayahandanya dan sentiasa bersederhana dalam politik.

Beliau seorang yang tegas dan sentiasa istiqamah dalam setiap tugasan dan jawatan yang disandangnya.

Beliau menjalankan tugasnya dengan amat baik didalam semua portfolio yang dipegangnya.

Sepertimana Allahyarham ayahandanya yang membuat perubahan untuk pembangunan dan ekonomi negara, begitu juga dengan DS Najib yang membawa transformasi di era kemodenan dan kecanggihan teknologi ini disamping terus berusaha untuk mengekalkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Tambahan pula, pada masa kini Malaysia sedang menghadapi cabaran politik hasutan, fitnah dan perkauman yang dicetuskan oleh musuh politiknya secara berleluasa dengan arus kemodenan dan kecanggihan teknologi media yang pesat berkembang.

Amat jauh berbeza dengan Anwar Ibrahim yang memulakan karier politiknya secara ‘ekstrim’.

Memberontak dijalanan menjadi hala tuju politiknya.

Malah corak politik ini yang dimulakan sejak dahulu masih kekal ke hari ini sebagai seorang Ketua Pembangkang.

Dengan membawa cerminan politik bercorak Islam pada awalnya, maka mengepaklah Anwar dalam arena politik.

Amat lantang menentang kerajaan dan menuduh kerajaan BN dengan pelbagai tohmahan, cacian dan fitnah.

Namun, akhirnya rebah tumbang kepangkuan UMNO/BN diribaan Tun Dr Mahathir hasil ‘jaminan baik’ Tengku Razaleigh Hamzah.

Dengan bertopengkan Islam, Anwar berjaya meraih pengaruh bukan sekadar didalam negara malah sehingga ke peringkat antarabangsa.

Agak pelik, seorang yang membawa politik Islam, menunjukkan keperibadian Islam sebagai topeng, Anwar mampu ‘kahwin lari’ di Thailand yang mana tidak berlandaskan ajaran Islam.

Sebagai seorang yang dikenali sebagai pejuang Islam, membawa politik jalanan dan mencetuskan huru-hara yang mana sangat bertentangan dengan ajaran Islam.

Sebagai seorang pejuang Islam ketika itu, Anwar memilih kuasa duniawi dan mengenepikan PAS.

Ini belum lagi aku buka kisah moralnya yang menyasar jauh dari perjuangan Islam yang sebenar.

Dalam lantang mengecam kerajaan yang dikatakan tidak Islamik, akhirnya Anwar memilih jawatan ‘Menteri penuh’ dalam kabinet kerajaan mengatasi perjuangan Islamnya.

Perubahan hala tuju politiknya juga, turut merubah kehidupan peribadinya.

Kezuhudannya hilang, capalnya hilang dan wolkswagen usangnya turut hilang, malah sut bernilai berbelas dan berpuluh ribu ringgit menjadi budaya barunya.

Jika dahulunya Anwar gemar berpidato dengan lantang, kini Anwar gemar mengisi masa luangnya yang terlampau banyak sebagai Ketua Pembangkang dengan berceramah kesana sini.

Style ‘politik air liur’nya tetap kekal dari dahulu hingga hari ini.

Dari beberapa sumber yang aku perolehi, Wan Azizah dahulu kerap mengadu kepada teman rapatnya bahawa Anwar kerap kali memukulnya sehingga lebam-lebam dan bengkak.

Jika dakwaan tersebut adalah benar, maka Anwar tidak layak diangkat sebagai pejuang Islam yang tidak mengamalkan ajaran Islam dalam berkeluarga.

Berbeza sungguh kedua-dua pemimpin kerajaan dan pemimpin pembangkang ini.

Mungkin kerana didikan yang sentiasa bersederhana, Najib memperkenalkan konsep ‘wasatiyyah’ untuk diamalkan.

Manakala Anwar yang terdidik politiknya dengan keganasan, ‘brutality’ dan memberontak, maka wadah perjuangan Anwar masih kekal dijalanan menimbulkan kehuru-haraan.

Sepertimana kita tahu, DS Najib adalah pemimpin no1 negara dan beliau naik ke posisinya hari ini tanpa percaturan kotor.

Berbeza dengan Anwar.

Anwar ‘naik’ begitu cepat, dan tidak hairan juga dia ‘turun’ pun begitu cepat !!!

Sikap khianat Anwar ni, aku dah lama tahu dari tahun 90-an lagi.

Ketika masih menjadi ‘anak emas’ Tun Mahathir lagi, Anwar telah pun merancang untuk menjatuhkan Tun dan merampas tampuk pemerintahan ‘ikut pintu belakang’.

Anwar cuba memasang perangkap terhadap Tun namun, Anwar itu manusia, sebijak-bijak rancangan manusia, namun Allah lebih berkuasa.

Apakah Anwar masih ingat pertemuannya dengan 4 orang kontaktor ‘class A’ yang minta kebenaran laksanakan satu projek ?!!

Anwar janji untuk bagi approval dan sebagai imbuhan, menawarkan dana untuk mereka.

Seperti biasa, ‘perjanjian syaitan’ pasti ada ‘T&C’, bersyarat.

‘Syarat mudah’ kata Anwar, hanya perlu bantu dia ‘jatuhkan’ Tun ketika itu.

Disitulah bibit kebencian dan berhati-hati aku terhadap Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan ketika itu.

Rancangan Anwar, dipintas oleh Allah SWT, beberapa tahun selepas itu, skandal Anwar mula terbuka dan terdedah yang akhirnya membawa pemecatannya.

Kerana politik kotor dan licik Anwar, ramai yang berhati-hati dengan dia ni, dan tidak hairanlah kenapa ramai yang rapat dengan Anwar seuatu ketika dahulu punya banyak bukti salah laku dan moral Anwar.

Sikap khianat Anwar ini telah lama aku tahu, jadi tidaklah menghairankan bila dalam krisis kewangan tahun 97/98 Anwar bagi cadangan ‘paling gila’ kepada Tun Mahathir.

Tapi, Tun Mahathir lebih bijak dari Anwar !!!

Sekiranya Anwar boleh khianat kepada Tun M, yang suatu ketika dahulu mengutip Anwar dijalanan, jadi tidak hairanlah pada aku jika demi memenuhi nafsu serakahnya, dia boleh khianat negara.

Penemuan risikan Filipina berikutan penglibatan Anwar terhadap pencerobohan pengganas di Lahad Datu sedikit pun tidak mengejutkan aku.

Malah ianya amat tidak mustahil jika ianya melibatkan Anwar dan pengkhianatan !!!

“It is your attitude, not your aptitude that determines your altitude.” [Zig Ziglar]

Maksud ayat ini adalah; “Ia adalah sikap anda, bukan kebolehan anda yang menentukan ketinggian darjat anda”

Kata-kata ini sangat benar sekali jika kita membuat perbandingan antara Ketua Negara kita dengan Ketua Pembangkang kita.

Aku mulakan dengan DS Najib.

Kita dengar dari kem pembangkang tentang salah moral DS Najib yang dikemukakan oleh mereka iaitu skandal beliau bersama seorang model dari Mongolia, mendiang Altantuya Shariibu.

Malah dituduh membunuh model berkenaan.

Namun, sehingga hari ini tiada sebarang bukti yang dapat ditampilkan oleh kem pembangkang.

Anwar Ibrahim dan skandal moral terlampau banyak untuk dibicarakan.

Zina bersama isteri orang, meliwat adik angkatnya, meliwat pembantu peribadinya, berzina dengan pelacur import dari China dan terbaru meliwat seorang mahasiswa.

Kesemua ini mampu dibuktikan melalui gambar dan juga video.

Malah saksi juga turut tampil mendedahkan segalanya.

Kerana salah laku moralnya menyebabkan Anwar dibuang oleh Tun Mahathir dan kini Anwar masih dalam arena politik dan diangkat sebagai ketua pembangkang selepas ‘tamat pengajian’ dan bergelar ‘bekas banduan’.

Attitude (sikap) DS Najib tenang dan bersahaja melayani fitnah-fitnah dari pembangkang biarpun tuduhan berkenaan tidak berasas sama sekali.

Sekalipun, beliau tidak gentar atau takut dengan penyebaran fitnah tersebut yang berleluasa.

Attitude Anwar pula berlainan, akan segera menyaman setiap kali berdepan dengan pendedahan berserta pembuktian dan saksi.

Yang paling tak boleh blah dan agak lucu adalah, yang disaman adalah yang menyampaikan dari sumber, tetapi sumber tidak pula disaman.

Begitulah takutnya Anwar pada kuasa media yang memecahkan tembelangnya.

Kenapa perlu takut ???

DS Najib mempunyai aptitude (bakat/kebolehan) dalam mentadbir negara yang diwarisi dari ayahandanya.

Ini tidak dapat dinafikan lagi dengan keberkesanan program transformasi beliau membawa hala tuju negara ke arah yang terbaik.

Anwar memang terkenal dengan bakat semulajadi yang ‘hebat’ dalam berkata-kata.

Bagi yang kurang iman, pasti akan bergetar setiap kali Anwar membuka mulutnya.

Setiap kali terdapatnya bukti salah laku moral dia, maka berpencak silatlah lidahnya menafikan dan kemudiannya ‘you ulang lagi, I saman you pula’.

Bakat mentadbir ???

Maaf katalah ye, Anwar tidak punya bakat mentadbir, jangan kata negara, negeri pun tidak mampu.

Semasa Anwar didalam ‘circle’ pemerintahan sebelum dipecat, tidak ada apa yang mampu disumbangkan oleh bekas siswa sastera ini.

Nasibnya baik kerana adanya Tun Mahathir dan Tun Daim ketika itu.

Jika dibiarkan Anwar berterusan, jawabnya terlelonglah Malaysia.

Namun bakat ‘melelong’ ini memang sinonim dengan Anwar.

Lihat sahajalah Selangor untuk sepenggal ini, bekas banduan bernama Anwar Ibrahim ini adalah penasihat ekonomi Selangor sebaik sahaja Pakatan merampas Selangor.

Selangor melalui detik transformasi, tetapi bukan transformasi kedepan, tetapi transformasi ‘backward’.

Sebagaimana kecenderungan nafsu Anwar terhadap ‘belakang’, begitulah juga ekonomi negeri Selangor yang semakin kebelakang.

Dari sebuah negeri termaju di Malaysia, kini Selangor sudah mendekati kemunduran Kelantan, Selangor telah mula kembali seperti era Selangor awal 90-an.

Berbalik kepada petikan kata-kata Zig Ziglar, “ia adalah sikap anda, bukan kebolehan anda yang menentukan ketinggian darjat anda”.

Dimana darjat Anwar dan DS Najib ???

Dengan sikap DS Najib yang tenang dan terbuka, tanpa isu moral, serta bakat yang ‘superb’ dalam mentadbir negara, maka selayaknya darjat DS Najib berada di atas sebagai pemimpin no1 negara.

Maka, kata-kata tersebut perlu diubah bagi DS Najib, ini adalah kerana sikap dan bakat DS Najib menjadi penentu ukur ketinggian darjat beliau hari ini.

Cumanya, DS Najib tiada bakat dalam menabur janji kosong dan berkata semberono.

Itulah bezanya DS Najib dan Anwar.

Anwar tidak punya sikap yang baik mahupun moral, sikap barannya dan skandal seks bebas dan songsangnya meloyakan rakyat Malaysia.

Anwar ‘demand’ orang lain untuk bersikap terbuka, tetapi dia sendiri ‘kaki saman’ !!!

Bakat mentadbir negara memang tiadalah pada Anwar ni, cuma bakat ‘petah berkata’ sahaja yang dia ada… ‘air liur’

Sikap dan moral buruk Anwar ini, dan juga bakatnya yang agak bercelaru itu, selayaknya Anwar diletakkan pada darjat yang terendah sekali !!!

Maaf katalah ye, jika diminta memilih, aku pasti memilih DS Najib !!!

Simpang malaikat 44 lah kalau Malaysia ni diserahkan kepada manusia bernama Anwar Ibrahim ni !!!

Artikel pendedahan penuh.. BACA DISINI