NASHARUDIN MAT ISA BERKATA DALAM UCAPAN BELIAU, ADAKAH BUKAN ISLAM BERBAIK DENGAN UMAT ISLAM KERANA AMALAN AGAMA ISLAM YANG KITA ANUTI DAN KITA AMALKAN ATAU PUN MARRIAGE OF CONVENIENCE DALAM RANGKA PERCATURAN POLITIK SINGKAT, SEMATA-MATA UNTUK MERAYAI PETI UNDI, ATAU PUN SEMEMANGNYA IA BENAR BUKAN ISLAM KINI INSAF, DAN MULA MENGENALI ISLAM YANG MAHA ADIL DAN BENAR-BENAR INGIN MENDUKUNG CITA-CITA ISLAMIAH YANG DI IMANI OLEH MAJORITI UMAT ISLAM, DALAM KONTEKS MERUBAHKAN PEMERINTAH YANG SEDIA ADA KEPADA SEBUAH PEMERINTAH BARU YANG BERSAMA MENDUKUNG.

JIKA BENARLAH BEGITU, DAN TAKDIRNYA DALAM PRU 13 KUMPULAN ORANG BUKAN ISLAM MEMENANGI SUARA TERBANYAK DI PARLIMEN, ADAKAH AMALAN ISLAM YANG SEDIA ADA SEKARANG INI, SEPERTI ADA MAKHAMAH SYARIAH, ADA ZAKAT, ADA BAITULMAL ADA DAN ADA BERBAGAI INSTITUSI ISLAM.

APAKAH JAMINAN DAPAT DI BERI SEMUA INI DIKEKALKAN ???

DAN UNTUK MENAMATKAN UCAPAN, BELIAU MENCERITAKAN YANG BELIAU PERNAH BERTANYA SATU SOALAN PADA SESEORANG YANG NAMANYA BELIAU ENGAN SEBUT.

SEORANG YANG DIKENALI SEBAGAI ORANG ALIM ULAMA, SOALAN BELIAU PADA ORANG ALIM ITU:

” PERNAH TAK DALAM SEJARAH KEGEMILANGAN ISLAM YANG BERMULA DARI ZAMAN RASULLULAH S.A.W HINGGA SAAT INI. ”

” PERNAH ATAU TIDAK KEMENANGAN UMAT ISLAM DI BANTU OLEH ORANG-ORANG KAFIR. ”

DUA KALI BELIAU BERTANYA, KEDUA-DUA KALI JAWAPAN YANG DI TERIMA DARI ORANG ALIM ITU ADALAH:

” TIDAK PERNAH, DAN TIDAK AKAN BERLAKU, KEMENANGAN ISLAM DI BANTU OLEH ORANG KAFIR, KEMENANGAN ISLAM HANYA DI BANTU OLEH UMAT ISLAM. “…………..