Cerita ini agak sedih.

Feng mahu sebuah iPhone dan membeli sebuah “iPhone” dari seorang penjual telefon jalanan.

Setelah membayar RM1000 beliau mendapati iPhone yang dibeli sebenarnya iPhone palsu.

Marah dengan penipuan yang berlaku Feng kembali ke tempat membeli belah untuk mencari lelaki yang menipunya.

Walaupun pergi ke sana selama beberapa hari untuk mencari si penipu, usaha beliau gagal.

Lelaki yang menjual telefon palsu tempohari gagal dikesan.

28 Februari lalu beliau kembali ke pusat membeli belah dan melihat sekumpulan lelaki cuba menjual iPhone palsu kepada seorang lagi mangsa.

Feng sempat menghalang penjualan dari berlaku.

Beliau kemudian bertanya kepada penjual iPhone palsu ini sama ada mereka mengenali lelaki yang menipunya.

Penjual iPhone palsu enggan bekerjasama dan terus membelasah Feng beramai-ramai.

Mereka tidak tahu yang Feng ada membawa pisau dan dalam pergelutan beliau berjaya menikam mereka untuk mempertahankan diri.

Penyerang Feng cuba melarikan diri apabila menyedari beliau mempunyai senjata.

 

Sumber : malaysiasensasi